
✐
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yang lain.
sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun,
Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk
kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak
Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari
biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang
dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka
sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka
hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi
seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang
banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan
bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah
SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan. ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan
kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di
bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ✐
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum
airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐ Semua makhluk
berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda
yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan
masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana
Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak
dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan
bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka
bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan
Allah. ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka
pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. ✐ Lalu
berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang
dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan
20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
'Arasy itu tiba dibumi. ✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa
mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi
lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa
mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. ✐ Seluruh
makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan
amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari
bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis
oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia
beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir
& munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang
pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang
pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran
seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka
lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi
orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua
makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2
daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa. ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para
imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan
berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. ✐
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan
penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ-
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia
yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini
tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ✐ Para nabi dan rasul serta
golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat
kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang
dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ✐ Setelah
berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi
jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang
dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin
Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun
menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api
neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang
lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal
jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang lain
0 komentar:
Posting Komentar